Sunday, June 8, 2008

Ming Dao

Profil

  • Nama 明道 / Ming Dao
  • Nama sebenar 林朝章 / Lin Chao Chang
  • Nama samaran Matthew Lin / Ming Dow / Ming Dao
  • Tarikh Lahir: February 26, 1980
  • Tempat lahir: Taiwan
  • Ketinggian: 180cm
  • Berat: 72kg
  • Zodiak: Pisces
  • Jenis Darah: O
  • Mengangotai kumpulan: 183 Club


Biografi

Ming Dao dilahirkan dan dibesarkan di taiwan. Sehinggahlah dia berpindah ke Taipei dan menceburi bidang hiburan, tinggal di Banjiao, sekitar kawasan Taipei. Keluarganya masih menetap sana sehingga sekarang. Walaupun sudah dewasa dan kelihatan sihat,dan memiliki kulit yang agak gelap dia memiliki kehidupan yang sukar sewaktu kecil. Ketika kanak-kanak, kaki ming dao amat lemah dan terpaksa menggunakan satu alat untuk membantunya berjalan dengan sempurna. Abangnya memberi sokongan kepada Ming Dou ketika itu.

Ming Dou bukan berasal dari keluarga yang senang. Keluarganya berniaga ikan kering di pasar Banjiao. Ming Dao pernah mengatakan, dia bekerja buat pertama kalinya sebagai lao ban (boss), kerana dia bekerja sendiri. Dia mula membantu keluarganya sejak berumur 12 tahun. Kemudian dia bekerja di kedai membaiki moosikal. Ketika bekerja disitu, dia tercedera dan menyebabkan jari kelingkingnya patah dan sehingga kini jari tersebut menjadi bengkok.