Tuesday, June 10, 2008

Fruits Basket

Fruits Basket menceritakan tentang kehidupan pelajar sekolah tinggi Tohru Honda, merupakan seorang anak yatim apabila ibunya, Kyoko Honda, yang mati akibat kemalangan kereta. Selepas itu, Tohru tinggal bersama datuknya, tetapi apabila rumahnya perlu diperbaharui, Tohru tinggal dalam khemah di dalam hutan mencari kerja untuk menyara hidup. Disebabkan dia telah banya melalui cabaran, Tohru menjadi seorang yang optimis.

Suatu hari, Tohru datang ke rumah di dalam hutan iaitu rumah kawan sekelasnya Yuki Sohma dan saudara Yuki, Shigure Sohma. Apabil Sohmas mengetahui Tohru tinggal di dalam khemah di hutan, dia amat terkejut dan kagum dengan ketabahan gadis tersebut. Kawasan itu merupakan hak milik Sohma, dan Tohru memohon agar dia dibenarkan untuk membina khemah disitu. Atas perasaan kasihan, Sohmas menawarkan Tohru tinggal bersamanya dan sebagai tukaran Tohru dikehendaki memasak dan mengemas rumah. Selepas mengemas barang-barang termasuklah gambar ibunya dia menerima tawaran Sohmas. Kemudian, selepas Tohru berpindah masuk, Kyo Sohma menjadi pencabar Yuki.

Tohru kemudiannya mengetahui rahsia keluarga Sohma, dan mengetahui penyebab Yuki seorang yang berahsia di sekolah: tiga belas ahli keluarga merujuk kepada 12 semangat haiwan mengikut zodiak Cina,tambahan semangat kucing merupakan lagenda. Mereka bertukar kepada haiwan apabila berhadapan dengan jantina yang berbeza atau berasa keliru atau stress. Apabila Tohru berjanji untuk merahsiakan rahsia itu,Sohma membenarkan Tohru menyimpan kenangannya dari dipadamkan, takdir yang sebelumnya jatuh kepada sesiapa yang bukan dari keluarga yang mengetahui rahsia itu.

Sountrack Anime