Thursday, April 23, 2009

Acha Sepriasa Or Juwita Maritsa


Acha Sepriasa mula dikenali di Malaysia selepas membintangi Filem Heart pada tahun 2006 (Kalau tak salah). Namanya juga semakin melonjak naik selepas lagu ost filem berkenaan berjaya mendapat tempat di hati peminat. Sekiranya anda peminat Acha, sudah pasti anda mengetahui bahawa Acha pernah membuat persembahan di konsert Jom Heboh dan juga di pentas Muzik-muzik. Wajah Acha yang agak comel ini telah banyak menarik perhatian pemuda-pemuda diluar sana tetapi sayang, hatinya sudah dimiliki oleh Irwansyah suatu ketika dahulu. Apa yang saya tahu sekarang ini, Acha sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Malaysia iaitu di Lim Kok Weng. Memang tidak salah pilihan Acha kerana Universiti berkenaan sememangnya salah sebuah koleh swasta yang popular di Malaysia.
Wajah Acha yang tidak lekang dengan senyuman sudah cukup membuatkan kaum adam di luar sana tertawan. Namun, memang lumrah bagi artis, Acha juga tidak boleh lari daripada seribu satu kontroversi. Pelbagai kontroversi yang telah melanda Acha. Namun semua itu tidak pernah meruntuhkan semangat Acha Sepriasa yang kini berusia 20 tahun (kalau tak salah). Secara jujurnya saya tidaklah meminati Acha sepenuhnya tetapi apa yang menarik perhatian saya untuk menulis mengenai Acha ialah wajah dia dengan adiknya yang seiras. Jika dilihat sekali, mereka persis kembar.
Adiknya, Juwita Maritsa turut membintangi filem LOVE. Cuba anda perhatikan gambar dibawah.. Mereka seolah-olah kembar. Saya sendiri kadang-kadang konfius.. Mana satu Acha?? Wajah mereka sama tapi tak serupa..

Juwita Maritsa and Acha sepriasa
Acha di khabarkan sudah tiada hubungan dengan Irwansyah. Putusnya hubungan mereka benar-benar memberi kejutan kepada peminat di Malaysia kerana mereka sentiasa kelihatan mesra ketika muncul di Malaysia. Tidak apalah, yang penting Acha gembira dengan kehidupannya dan menjadi seorang artis yang bijak dalam pelajaran serta berjaya dalam kerjayanya.



Saya nak minta maaflah sekiranya ada maklumat yang salah. Almaklumlah.. Saya bukan jenis yang terlalu fanatik. Saya sekadar mengetahui Acha dan tidak mengenali beliau.. Apa-apa pun! Dont make ur life full of tears!!!

Sunday, April 19, 2009

Iljimae



Watak:
  • Lee Jun Ki - Gyum/Yong/Iljimae
  • Han Hyo Joo - Eun Chae
  • Lee Young Ah - Bong Soon
  • Park Shi Hoo - Cha Dol/Shi Hoo

Sinopsis:
Iljimae adalah satu misteri, pencuri berpakaian serba hitam yang meropmpak pegawai kerajaan yang merima rasuah dan diagihkan kepada golongan miskin. Dia mencuri bukan kerana kebendaan sahaja tetapi juga rakyat, mereka adalah dari kalangan banduan-banduan atau penjenayah-penjenayah yang bersembunyi daripada penghakiman. Setiap kali berlakunya rompakan, mereka akan meninggalkan satu lukisan kecil bercorak bunga-bunga plum merah yang dipanggil "meh hwa". Seluruh rakyat menyokong tindakan Iljimae manakala sang raja dan bangsawan berusaha untuk menangkapnya dan mencari identitinya.

Gyum adalah anak lelaki seorang bangsawan baik yang merupakan seorang penyokong yang boleh dipercayai oleh raja itu dan merupakan ahli pusat bagi pertubuhan rahsia, Hanowheh, pertuanan penting dan sang raja sebagai pemimpin mereka. Dia berpindah pergi dari ibu kota untuk tinggal dengan aman dengan isterinya, anak perempuan, dan bayi lelaki di negara itu. Beberapa tahun selepas itu, dia pulang untuk menemui lagi anggota sekaligus membincangkan mengenai negeri. Bagaimanapun, satu khabar angin misterius tersebar bahawa dia berkomplot untuk menggulingkan raja.


Sebenarnyakan, aku dah tak ada idea apa nak tulis di dalam blog ni. Tapi takkan aku nak biar takde langsung entry untuk bulan ini. Kepada sesiapa yang meminati drama korean dan mengikuti siaran 8TV setiap pukol 8.30 malam mesti tahu pasal cerita ini.


Download here

Sunday, March 29, 2009

Prinsip Perakaunan (SPM)





Memandangkan aku ni budak akaun (akaun la sangatkan), aku nak beritahu kat korang2 yang seusia dengan aku dan juga budak akaun sealiran dengan aku. Ni bukan entry peribadi, walaupun nampak macam sesat sikit kat sini.. Hahaha

Kepada pelajar-pelajar SPM 2008 yang mengambil subjek Prinsip Akaun, sudahkah anda mengisi borang seperti diatas? Aku malas nak cerita banyak, so bacalah sendiri syarat kat bawah ni..

So, sesiapa yang dapat credit akaun and kepujian Bi... Isilah borang ni, sebelum korang menyesal tak sudah!!

Ni Satu lagi.. Sesiapa yang nak memohon Institusi Mara (KPM,KPTM,GMI) boleh lah berbuat demikian sebeluum 20 April.. Kalau korang rasa dah cukop dengan apa yang korang dah minta sebelum ni.. Terpulanglah.. Tak rugi pun kalau minta.. Ni dah alang2 aku tahu.. So, sesiapa yang rasa diri dia tu baru lepas SPM.. Sila grab la cepat2 ekk!! Hahahaha

Friday, March 27, 2009

Akademi Fantasia 7

Haa... Sedar atau tidak.. Akademi Fantasia sudah pun beranjak pada musim ke-7. Adakah anda peminat akademi Fantasia? Minat atau tidak, belakang kira.. Yang penting aku nak cukupkan entry aku pada bulan ni. Sebenarnya, aku pun tak minat sangat AF ni.. Tapi kadang-kadang layang la jugak..

Senarai 7 pelajar lelaki

  1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
  2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
  3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
  4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
  5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
  6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
  7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 7 calon pelajar perempuan

  1. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
  2. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
  3. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor) (Terkeluar M2)
  4. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
  5. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
  6. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
  7. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Antara pelajar-pelajar AF kali ini ada juga yang pernah menyertai rancangan realiti lain dan mempunyai ikatan dengan artis. Contohnya:
Haa.. Yang poyo sorang ni Aril.. Patutlah, macam pernah tengok mamat ni.. Ingat punya ingat, rupanya dia pernah menyertai Gengstar TV3 sebelum ni.. Memang tak salah lagi.. Tapi kumpulan dia terkeluar awal.. Dia ni juga ada merupakan adik kepada Izwan pilus.. Patutlah suara lebih kurang je. Style rambut pun hampir sama.. Style cover line namenyer.. hahaha.. Jangan marah, just gurau jew..

Hot Mama!! Isma juga mempunyai ikatan kekeluargaan dengan seorang artis. Isma ni merupakan kakak kepada Tomok. Rasanya semuanya dah tahu.. Muka Isma ni comellah.. Nampak macam tenang je.. Harap2 Isma boleh jadi Juara!!

Haa.. Dia ni memang sah2 dah artis.. Best tengok attitude dia.. Mcm cool je..


Yang lain-lain ni memang tak ada kaitan dengan artis.. Tapi lepas ni dia orang sendiri yang akan jadi artis.. hahaha





Wednesday, March 25, 2009

Boys Over Flowers

Haa.. Jangan terkejut!! Ni kira penambahan kepada entry Boys Over Flowers yang sebelumnya.. Yang entry sebelumnya itu dikira sebagai permulaan sajalah.. Cause it look so simple.. But i dont make a promise, this gonna be the last entry for this post.. hahaha.. Cause i love this drama so much.. Maybe will have new in the future..

Sebagaimana yang you all tahu.. Cerita ini diadaptasi daripada manga Jepun yang juga pernah di dramakan dalam versi taiwan dan Jepun. Kalau nak dikatakan mana yang terbaik diantara tiga versi ini.. Saya tak dapatlah nak membuat keputusan kerana saya tidak pernah menonton dua versi sebelumnya. Kalau ditanya saya, sudah tentu saya akan mengatakan versi korea 'the best'.

Apa yang menarik dalam cerita ini?
Apabila anda menonton drama ini, anda akan mendapati drama ini penuh dengan kelucuan, namun tidak ketinggalan juga dengan perasaan sedih dalam masa yang sama. Oleh hal demikian, membuatkan drama ini tidak membosankan. Anda mungkin akan ketawa dan menangis apabila menonton drama ini..
(Kalau tak rasa apa-apa... You better go to a doctor) hahahaha

Selain itu, perjalanan cerita dalam drama ini juga berjalan cepat. Maksudnya, kita dapat memahami jalan cerita ini dengan cepat atau dalam erti kata lain tidak meleret-leret. Itulah yang membuat drama ini menarik. Daripada drama yang beratus-ratus episode tetapi maksudnya tidak sampai, lebih baik sesebuah drama itu dibuat pendek-pendek seperti drama ini. Personally, saya memang tak suka drama yang panjang-panjang. Sebabnya.. haa.. pandai.. Lembab.. Orang dah sampai Z, kita baru nak beralih ke B. Memang kesian..

Tambahan lagi, pelakon-pelakon dalam drama ini cute-cute belaka. Sebenarnya, gaya mereka yang membuatkan mereka menyerlah dan kelihatan anggun dikaca TV. Gaya mereka tidak terlambau 'over' dan tidaklah terlampau ringkas membuatkan mereka kelihatan sempurna. Apabila gaya itu sesuai, yang hodoh pon boleh jadi cantik. Jadi, tidak hairanlah kalau kita lihat pelakon korea comel-comel belaka. Contohnya gaya Goo Jun Pyo... Gaya rambutnya yang ala-ala curly tu, memang sesuai dengan watak yang dipegangnya.

Kalau nak diikutkan, semua cerita korea lebih kepada kisah cinta. Pada pandangan saya, walaupun kebanyakkan drama korea berkisahkan cinta, namun jalan penceritaan mereka berbeza-beza, walaupun adakalanya kelihatan streotype. Saya tak berani nak komen apa-apa pasal drama tempatan kerana takut dikomen seperti ini ' Ko tak pernah buat drama, mana kau tahu?'.. Haa.. So better i closed my mouth..

Drama ni memang banyak dugaan, banyak betul kisah kemalangan yang berlaku ketika penggambaran dijalankan. Pertamanya kemalangan yang melibatkan Kim Bun dan kemudiannya Goo Hye Sun yang menyebabkan drama ini pernah tertunda episode sekali. Perancangan awal, drama ini hanya mempunyai 24 episode, namun atas peristiwa yang berlaku, pihak KBS (dengar katanya) menambahkan satu lagi episode menjadikan drama ini 25 episode semuanya.

Drama korea juga sinonim dengan OST. Setiap drama yang dihasilkan sudah pasti ada Original Soundtracknya sendiri. Itulah kekuatan drama korea. Kebanyakkan lagu-lagunya, memang direka khas untuk drama tersebut membuatkan drama tersebut kelihatan lebih sempurna. Nampak gayanya, banyak drama/telemovie/cerekarama menciplak lagu-lagu latar drama korea ni. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh lagu latar dalam sesebuah drama! Tak teringin ke malaysia nak buat macam tu? Dalam entry yang sebelumnya ada diselitkan ostnya.. So you better find it out!!

Lagu dalam drama ini, semuanya sesuai dengan drama ni! (Maybe dah lali kot). Terbukti lagu OST juga boleh dikomersialkan.. Malah lebih meluas daripada lagu-lagu yang sudah ada dipasaran...

So penutupnya.. I love this drama!! I hoped you all too!!

Saturday, March 7, 2009

Raja Lawak Musim Ke-3



Sedar tak sedar Raja lawak musim ke-3 sudah pun berakhir. Kumpulan Sepah yang terdiri daripada Shuib, Jepp, dan Mamat telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Musim Ke-3. Syabas serta tahiniah diucapkan kepada kumpulan Sepah. Kumpulan Sepah merupakan salah satu peserta Raja Lawak yang setiap minggu mempamerkan aksi konsisten. Jihan pula berjaya merangkul gelaran Naib Juara diikuti dengan Amir yang merangkul tempat ke-3. Berdasarkan persembahan ke tiga-tiga finalis raja lawak, Sepah memang berhak dinobatkan sebagai Juara.

Antara video Sepah:

Thursday, February 19, 2009

Pontianak Harum Sundal Malam 1










Pelakon
Meriam : Maya karin
Masrani : Azri Iskandar
Danial : Sahronizam



Sinopsis:

Kampung paku Laris terkenal dengan primadona Meriam, penari gemelan yang telah menawan hati ramai peminat di pasar dan di istana. Harum bunga sundal malam pembuka tarian Meriam serta kejelitaannya mengasyikkan. Sesekali apabila gerak Meriam bersatu dengan rentak, tubuh Meriam menjadi ringan dan terapung di atas tunang. Saudagar Masrani dan sahabat baiknya Danial di antara mereka yang berebut-rebut mencuri hati Meriam. Tetapi Meriam memilih Danial sebagai teman hidupnya. Hal itu menyebabkan timbul rasa cemburu dalam diri Masrani.

Saturday, February 14, 2009

Sayang You Can Dance


MIA, seorang anak gadis lincah dan periang yang baru pulang ke Kuala Lumpur setelah tamat pelajaran di Singapura. Mia gemar menari tetapi hobinya itu mendapat tentangan dari ayahnya.

Di Kuala Lumpur, Mia rapat dengan sepupunya, Daniel yang telah memperkenalkannya dengan satu kumpulan penari bergelar DanceStarz. Mia kemudian jatuh hati dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut bernama Remie tanpa menyedari, teman baik Remie iaitu Robby amat menyukai Mia. Kehadiran Mia menyebabkan hubungan persahabatan antara Remie dan Robby renggang. Apabila Robby menarik diri daripada gelanggang cinta tiga segi itu untuk memberi peluang kepada Remie, Mia mulai sedar banyak lagi liku-liku cinta yang lebih besar yang menghalang cintanya dan Remie.

Pada waktu yang sama, DanceStarz pula bersedia untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan tarian yang bakal mengubah hidup mereka.

Filem ini menyaksikan nama-nama tidak asing dalam persada seni tanahair seperti Sharifah Amani (Sepet, Gubra, Gol & Gincu, Puaka Tebing Biru), Carmen Soo (Baik Punya Cilok, Visit Hungry Ghost), Alam (Alam, So You Think You Can Dance), Ebi Kornelis (AF5) Dafi (AF5) dan juga pelakon dari Indonesia Samuel Rizal (Eifel....I'm In Love, Apa Artinya Cinta).