Wednesday, March 25, 2009

Boys Over Flowers

Haa.. Jangan terkejut!! Ni kira penambahan kepada entry Boys Over Flowers yang sebelumnya.. Yang entry sebelumnya itu dikira sebagai permulaan sajalah.. Cause it look so simple.. But i dont make a promise, this gonna be the last entry for this post.. hahaha.. Cause i love this drama so much.. Maybe will have new in the future..

Sebagaimana yang you all tahu.. Cerita ini diadaptasi daripada manga Jepun yang juga pernah di dramakan dalam versi taiwan dan Jepun. Kalau nak dikatakan mana yang terbaik diantara tiga versi ini.. Saya tak dapatlah nak membuat keputusan kerana saya tidak pernah menonton dua versi sebelumnya. Kalau ditanya saya, sudah tentu saya akan mengatakan versi korea 'the best'.

Apa yang menarik dalam cerita ini?
Apabila anda menonton drama ini, anda akan mendapati drama ini penuh dengan kelucuan, namun tidak ketinggalan juga dengan perasaan sedih dalam masa yang sama. Oleh hal demikian, membuatkan drama ini tidak membosankan. Anda mungkin akan ketawa dan menangis apabila menonton drama ini..
(Kalau tak rasa apa-apa... You better go to a doctor) hahahaha

Selain itu, perjalanan cerita dalam drama ini juga berjalan cepat. Maksudnya, kita dapat memahami jalan cerita ini dengan cepat atau dalam erti kata lain tidak meleret-leret. Itulah yang membuat drama ini menarik. Daripada drama yang beratus-ratus episode tetapi maksudnya tidak sampai, lebih baik sesebuah drama itu dibuat pendek-pendek seperti drama ini. Personally, saya memang tak suka drama yang panjang-panjang. Sebabnya.. haa.. pandai.. Lembab.. Orang dah sampai Z, kita baru nak beralih ke B. Memang kesian..

Tambahan lagi, pelakon-pelakon dalam drama ini cute-cute belaka. Sebenarnya, gaya mereka yang membuatkan mereka menyerlah dan kelihatan anggun dikaca TV. Gaya mereka tidak terlambau 'over' dan tidaklah terlampau ringkas membuatkan mereka kelihatan sempurna. Apabila gaya itu sesuai, yang hodoh pon boleh jadi cantik. Jadi, tidak hairanlah kalau kita lihat pelakon korea comel-comel belaka. Contohnya gaya Goo Jun Pyo... Gaya rambutnya yang ala-ala curly tu, memang sesuai dengan watak yang dipegangnya.

Kalau nak diikutkan, semua cerita korea lebih kepada kisah cinta. Pada pandangan saya, walaupun kebanyakkan drama korea berkisahkan cinta, namun jalan penceritaan mereka berbeza-beza, walaupun adakalanya kelihatan streotype. Saya tak berani nak komen apa-apa pasal drama tempatan kerana takut dikomen seperti ini ' Ko tak pernah buat drama, mana kau tahu?'.. Haa.. So better i closed my mouth..

Drama ni memang banyak dugaan, banyak betul kisah kemalangan yang berlaku ketika penggambaran dijalankan. Pertamanya kemalangan yang melibatkan Kim Bun dan kemudiannya Goo Hye Sun yang menyebabkan drama ini pernah tertunda episode sekali. Perancangan awal, drama ini hanya mempunyai 24 episode, namun atas peristiwa yang berlaku, pihak KBS (dengar katanya) menambahkan satu lagi episode menjadikan drama ini 25 episode semuanya.

Drama korea juga sinonim dengan OST. Setiap drama yang dihasilkan sudah pasti ada Original Soundtracknya sendiri. Itulah kekuatan drama korea. Kebanyakkan lagu-lagunya, memang direka khas untuk drama tersebut membuatkan drama tersebut kelihatan lebih sempurna. Nampak gayanya, banyak drama/telemovie/cerekarama menciplak lagu-lagu latar drama korea ni. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh lagu latar dalam sesebuah drama! Tak teringin ke malaysia nak buat macam tu? Dalam entry yang sebelumnya ada diselitkan ostnya.. So you better find it out!!

Lagu dalam drama ini, semuanya sesuai dengan drama ni! (Maybe dah lali kot). Terbukti lagu OST juga boleh dikomersialkan.. Malah lebih meluas daripada lagu-lagu yang sudah ada dipasaran...

So penutupnya.. I love this drama!! I hoped you all too!!