Friday, March 21, 2008

Green Forest, My Home

Sebuah lagi drama taiwan yang menarik yaitu Green Forest, My Home. Cerita ini juga diadaptasi dari sebuah komik jepun. Cerita ini membuatkan penonton menitiskan air mata. Cerita ini mengisahkan konflik cinta tiga segi antara tiga sahabat yang telah berkawan sejak kecil. Cerita ini juga memaparkan kisah seorang kakak yang sering merasa terpinggir dan cemburu akan adiknya. Walau pun begitu, Si adik tetap sayang akan kakaknya, walaupun kakaknya hanya anak angkat. Malang sekali, apabila Si adik terpaksa berkorban demi kakak semata-mata untuk melihat Si Kakak sentiasa bahagia. Cinta 3 segi memerlukan pengorbanan diantara mereka. Dengan itu, pemain musik yang bernama Owen terpaksa menarik diri demi melihat orang yang disayanginya bahagia walaupun dirinya sendiri sedih. Apabila hampir mencapai kebahagia Si adik iaitu Sophie menghidap penyakit kronik yang membuatkan dia sentiasa lemah dan hampir meragut nyawa. Segala usaha telah dijalankan untuk memulihkan penyakit Sophie. Drama ini boleh dikatakan 'Happy Ending; kerana akhirnya Sophie berkahwin dengan William,sahabat dari kecilnya. Owen juga berjaya menjadi pemuzik handalan. Sekolah Green Forest juga dapat diselamatkan daripada dirobohkan.

MV url;
http://www.youtube.com/watch?v=a5Kkt9pffZM