Thursday, April 23, 2009
Acha Sepriasa Or Juwita Maritsa
Acha Sepriasa mula dikenali di Malaysia selepas membintangi Filem Heart pada tahun 2006 (Kalau tak salah). Namanya juga semakin melonjak naik selepas lagu ost filem berkenaan berjaya mendapat tempat di hati peminat. Sekiranya anda peminat Acha, sudah pasti anda mengetahui bahawa Acha pernah membuat persembahan di konsert Jom Heboh dan juga di pentas Muzik-muzik. Wajah Acha yang agak comel ini telah banyak menarik perhatian pemuda-pemuda diluar sana tetapi sayang, hatinya sudah dimiliki oleh Irwansyah suatu ketika dahulu. Apa yang saya tahu sekarang ini, Acha sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Malaysia iaitu di Lim Kok Weng. Memang tidak salah pilihan Acha kerana Universiti berkenaan sememangnya salah sebuah koleh swasta yang popular di Malaysia.
Wajah Acha yang tidak lekang dengan senyuman sudah cukup membuatkan kaum adam di luar sana tertawan. Namun, memang lumrah bagi artis, Acha juga tidak boleh lari daripada seribu satu kontroversi. Pelbagai kontroversi yang telah melanda Acha. Namun semua itu tidak pernah meruntuhkan semangat Acha Sepriasa yang kini berusia 20 tahun (kalau tak salah). Secara jujurnya saya tidaklah meminati Acha sepenuhnya tetapi apa yang menarik perhatian saya untuk menulis mengenai Acha ialah wajah dia dengan adiknya yang seiras. Jika dilihat sekali, mereka persis kembar.
Adiknya, Juwita Maritsa turut membintangi filem LOVE. Cuba anda perhatikan gambar dibawah.. Mereka seolah-olah kembar. Saya sendiri kadang-kadang konfius.. Mana satu Acha?? Wajah mereka sama tapi tak serupa..
Acha di khabarkan sudah tiada hubungan dengan Irwansyah. Putusnya hubungan mereka benar-benar memberi kejutan kepada peminat di Malaysia kerana mereka sentiasa kelihatan mesra ketika muncul di Malaysia. Tidak apalah, yang penting Acha gembira dengan kehidupannya dan menjadi seorang artis yang bijak dalam pelajaran serta berjaya dalam kerjayanya.
Saya nak minta maaflah sekiranya ada maklumat yang salah. Almaklumlah.. Saya bukan jenis yang terlalu fanatik. Saya sekadar mengetahui Acha dan tidak mengenali beliau.. Apa-apa pun! Dont make ur life full of tears!!!