Showing posts with label k - Boys Over Flowers. Show all posts
Showing posts with label k - Boys Over Flowers. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

Korean - Nokia Theme

Salam Sejahtera kepada semua pengunjung! Patut ke aku menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama blog ini? Aduhai, sudah jemu rasanya berbahasa Inggeris. Harap-harap semua fahamlah bahasa Malaysia nih.. Kah..kah.. Memandangkan ramai yang bertanya "Kenapa tak post entry baru?", so aku rasa.. aku patut beri keutamaan balik kepada blog nih! Bukannya apa, maklumlah banyak sangat cawangannya, tak tahu mana satu yang nak didahulukan. Memandangkan music itu aliran yang tidak pernah putus, sebab itulah blog various music tu sentiasa updated..
Adakah anda pengguna nokia? Saat ini, aku mahu berkongsi theme rekaan aku sendiri! Wah, bukan aku minta korang bayang pon.. Kalau sebut nama atirah mestilah korea punya theme! hehehe..


Download this theme:
  • Coming Soon!
If u want this theme badly, just request in my cbox(chat) below!

Haa.. Tak payah nak banyak cerita!Dah download aku punyer theme.. Tak reti-reti nak ucap terima kasih! Hahaha.. Aku buat sendiri tau themes nih! Peh, jangan cuba-cuba copy-paste ekk!! No.. No.. All meterial must be credit in the name of NUR ATIRAH..

Saturday, April 25, 2009

Which one better for Kim Hyun Joong?


Selepas episode Boys Over Flowers tamat baru-baru ini, Kim Hyun Jung kelihatan melakukan sedikit perubahan kepada penampilannya. Adakah anda berminat dengan gaya barunya atau style lama lebih baik?
Kim Hyun Joong mula dikenali selepas membintangi drama Boys Over Flowers yang juga merupakan drama paling hot 2009. Kim Hyun Joong juga merupakan anggota kepada kumpulan SS501.

Kim Hyun Joong yang memegang watak sebagai Ji Hoon didalam Boys Over Flowers berjaya menarik perhatian penonton terutamanya dikalangan wanita. Perwatakannya didalam BOF yang agak-agak 'control macho' tu membuatkan dirinya kelihatan seolah-olah 'gentlemen'.. Gentlemen ke? Kah..kah..
Apa yang best untuk dilihat ketika dia memegang watak Ji Hoon ialah walaupun dia mempunyai perasaan kepada Geum Jan Di tetapi dia tidak pernah mencuba merampas Jan Di dari kawan baiknya sendiri. Walaupun dia sentiasa bersama Geum Jan Di tetapi dia tetap menghormati Jan Di sebagai kekasih rakan baiknya. Dia juga hanya meluahkan perasaannya melalu muzik..

Biasalah muka yang agak-agak jambu mesti pompuan2 kat luar sana minat kat dia.. betul tak? Aku ni tak adalah minat sangat kat mamat ni.. Cuma tak ada apa yang nak tulis! Sudah kehabisan idea..

Wednesday, March 25, 2009

Boys Over Flowers

Haa.. Jangan terkejut!! Ni kira penambahan kepada entry Boys Over Flowers yang sebelumnya.. Yang entry sebelumnya itu dikira sebagai permulaan sajalah.. Cause it look so simple.. But i dont make a promise, this gonna be the last entry for this post.. hahaha.. Cause i love this drama so much.. Maybe will have new in the future..

Sebagaimana yang you all tahu.. Cerita ini diadaptasi daripada manga Jepun yang juga pernah di dramakan dalam versi taiwan dan Jepun. Kalau nak dikatakan mana yang terbaik diantara tiga versi ini.. Saya tak dapatlah nak membuat keputusan kerana saya tidak pernah menonton dua versi sebelumnya. Kalau ditanya saya, sudah tentu saya akan mengatakan versi korea 'the best'.

Apa yang menarik dalam cerita ini?
Apabila anda menonton drama ini, anda akan mendapati drama ini penuh dengan kelucuan, namun tidak ketinggalan juga dengan perasaan sedih dalam masa yang sama. Oleh hal demikian, membuatkan drama ini tidak membosankan. Anda mungkin akan ketawa dan menangis apabila menonton drama ini..
(Kalau tak rasa apa-apa... You better go to a doctor) hahahaha

Selain itu, perjalanan cerita dalam drama ini juga berjalan cepat. Maksudnya, kita dapat memahami jalan cerita ini dengan cepat atau dalam erti kata lain tidak meleret-leret. Itulah yang membuat drama ini menarik. Daripada drama yang beratus-ratus episode tetapi maksudnya tidak sampai, lebih baik sesebuah drama itu dibuat pendek-pendek seperti drama ini. Personally, saya memang tak suka drama yang panjang-panjang. Sebabnya.. haa.. pandai.. Lembab.. Orang dah sampai Z, kita baru nak beralih ke B. Memang kesian..

Tambahan lagi, pelakon-pelakon dalam drama ini cute-cute belaka. Sebenarnya, gaya mereka yang membuatkan mereka menyerlah dan kelihatan anggun dikaca TV. Gaya mereka tidak terlambau 'over' dan tidaklah terlampau ringkas membuatkan mereka kelihatan sempurna. Apabila gaya itu sesuai, yang hodoh pon boleh jadi cantik. Jadi, tidak hairanlah kalau kita lihat pelakon korea comel-comel belaka. Contohnya gaya Goo Jun Pyo... Gaya rambutnya yang ala-ala curly tu, memang sesuai dengan watak yang dipegangnya.

Kalau nak diikutkan, semua cerita korea lebih kepada kisah cinta. Pada pandangan saya, walaupun kebanyakkan drama korea berkisahkan cinta, namun jalan penceritaan mereka berbeza-beza, walaupun adakalanya kelihatan streotype. Saya tak berani nak komen apa-apa pasal drama tempatan kerana takut dikomen seperti ini ' Ko tak pernah buat drama, mana kau tahu?'.. Haa.. So better i closed my mouth..

Drama ni memang banyak dugaan, banyak betul kisah kemalangan yang berlaku ketika penggambaran dijalankan. Pertamanya kemalangan yang melibatkan Kim Bun dan kemudiannya Goo Hye Sun yang menyebabkan drama ini pernah tertunda episode sekali. Perancangan awal, drama ini hanya mempunyai 24 episode, namun atas peristiwa yang berlaku, pihak KBS (dengar katanya) menambahkan satu lagi episode menjadikan drama ini 25 episode semuanya.

Drama korea juga sinonim dengan OST. Setiap drama yang dihasilkan sudah pasti ada Original Soundtracknya sendiri. Itulah kekuatan drama korea. Kebanyakkan lagu-lagunya, memang direka khas untuk drama tersebut membuatkan drama tersebut kelihatan lebih sempurna. Nampak gayanya, banyak drama/telemovie/cerekarama menciplak lagu-lagu latar drama korea ni. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh lagu latar dalam sesebuah drama! Tak teringin ke malaysia nak buat macam tu? Dalam entry yang sebelumnya ada diselitkan ostnya.. So you better find it out!!

Lagu dalam drama ini, semuanya sesuai dengan drama ni! (Maybe dah lali kot). Terbukti lagu OST juga boleh dikomersialkan.. Malah lebih meluas daripada lagu-lagu yang sudah ada dipasaran...

So penutupnya.. I love this drama!! I hoped you all too!!

Saturday, January 24, 2009

Boys Over Flowers



Perkenalan:

Boys before flowers mempunyai 24 episod dalam versi korea diterbitkan oleh KBS2TV pada tahun ini yakni tahun 2009. Seperti yang diketahui, drama ini diadaptasi dari komik jepun terkenal iaitu "hana yori dango". Komik yang sama juga pernah diadaptasi dalam drama taiwan "meteor garden" dan drama jepun "hana yori dango", menjadikan drama ini drama yang ke-3 diadaptasi dari komik tersebut.




Sinopsis

Drama ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Geum Jan Di, yang telah berjaya mendapat biasiswa untuk memasuki sebuah sekolah yang berprestij dan dipenuhi dengan anak orang atasan yang kaya-raya. Dia merupakan anak kepada tukang dobi, yang hidup sedarhana, dan tidak mempunyai pembelajaran yang sempurna.Disana (sekolah), dia bertemu dengan "flower 4," iaitu sebuah kumpulan yang dianggotai 4 orang lelaki yang kacak dan kaya-raya yang amat terkenal disekolah serta di bandar tersebut. Geum Jan Di kemudiannya telah jatuh cinta pada salah seorang dari mereka iaitu Ji Hoon, tetapi dia mengetahui bahawa ketua kumpulan tersebut Jun Pyo, turut jatuh cinta padanya. Drama ini memaparkan kehidupannya dan cinta tiga segi yang dialaminya.




Boy Over Flowers OST

01 파라다이스(꽃보다 남자OST 메인 테마) - 티맥스 (T-Max)
02 내 머리가 나빠서 - SS 501(더블에스 501)
03 알고있나요(꽃보다 남자OST 삽입곡) - Someday
04 Stand By Me - 샤이니(SHINee)
05 Lucky - Ashily
06 별빛눈물 - 김유경
07 조금은(꽃보다 남자OST 삽입곡) - 서진영
08 One More Time - 나무자전거
09 I Know (Saxophone Inst.) - 이정식, 오준성
10 Dance with me (Inst.) - 오준성
11 Blue Flower (Inst.) - 오준성
12 So sad (Inst.) - 오준성
13 Opening Title(파라다이스 intro) - 오준성, 티맥스 (T-Max)