Thursday, January 8, 2009

Love Or Bread


Drama ini mengisahnkan kehidupan dua individu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari wang bagi meneruskan kehidupan masing-masing. Frank lakonan Joe Cheng sentiasa tampil dengan imej kaya tetapi realitinya Frank hanya orang miskin yang banyak menangung beban hutang kad kredit. Tiada apa yang boleh dibanggakan dalam kehidupan Frank malah terpaksa merayu kepada penghutang supaya memberi lebih masa kepadanya untuk melangsaikan segala hutang.

Berlainan dengan Zheng Shan (Ariel Lin) yang sanggup melakukan tiga pekerjaan semata-mata untuk membantu keluarganya. Dia juga sanggup mengirimkan wang kepada teman lelakinya yang masih menuntut di China. Walaupun dihalang oleh ibu bapanya, Shan Mei tetap ingin ke China untuk bertemu dengan teaman lalakinya dan merancang untuk berkahwin disana.. Ketika bertemu dengan teman lelakinya disana, Shan Mei mendapat tahu bahawa teman lelakinya curang. Dia berasa amat kecewa dengan hal tersebut dan terpaksa pulang semula ke Taiwan. Shan Mei kemudiannya menyewa sebuah bilik yang juga salah sebuah bilik dirumah tersebut disewa oleh Frank. Shan menyewa bilik tersebut dengan menggunakan cincin pusaka ibu Frank yang secara tidak sengaja ada padanya.
Frank yang mulanya membenci perangai Shan Mei yang sentiasa bersungguh-sungguh mencari wang akhirnya jatuh cinta dengan keikhlasan hati Shan Mei namun terpaksa merahsiakannya.

Shan Mei akhirnya menemui lelaki idamannya En Hou, seorang pemuda yang kaya dan baik hati. Shan Mei gembira bersama En Hou, namun dihatinya sentiasa memikirkan Frank. Apakah kesudahan hubungan mereka? Jom kita tengok cerita ni..

Macam biasalah setiap drama mesti ada OST nya, samalah juga dengan cerita ni. Tapi Ost citernyer punyelah susah nak cari.. Almaklum sajalah, dram ni pon masih baru dan panas lagi.. So klu nak cari full album OST memang susah.. Tapi klu sikit2 tu boleh la..

The OST: