Wednesday, March 19, 2008

Goong S

Sebuah drama korea akan ditayangkan di 8tv iaitu Secret Prince atau lebih dikenali sebagai Goong S. Daripada perkhabaran awal, drama ini sebuah drama yang menarik. Saya sendiri belum pernah menonton drama ini tapi saya pasti drama ini pasti menarik ramai penonton terutama peminat drama bersiri Princess Hours. Dalam Princess Hours menceritakan bagaimana seorang wanita apabila masuk ke istana, Goongs pula sebaliknya. Drama ini juga memperkenalkan tentang adat diraja bagi Republik Korea. Kita bukan sahaja mendapat hiburan bahkan dapat mempelajari adat budaya mereka.
Dalam cerita ini, terdapat seorang mahani awal 30an tetapi masih belum berkahwin. Sejak waris pertama takhta meninggal dunia, kerabat diraja berusaha mencari pewaris baru. Secara kebetulan, mereka mengetahui tentang seorang pemuda yang dipercayai anak kepada putera raja dengan seorang perempuan yang telah meninggalkan istana dan merahsiakan tentang kandungannya ketika itu. Pemuda itu bernama Lee Hoo atau lebih dikenali sebagai Kang Hoo. Lee Hoo bekerja sebagai Penghantar makanan di sebuah restoran Cina, dia hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 7minit untuk menghantar setiap makanan. Lee Hoo dibesarkan dikalangan orang biasa dan perangainya agak berbeza dengan orang yang berketurunan diraja yang lain. Walaupun dia tidak pernah menyangka untuk tinggal di istana, dia berusaha untuk mengubah dirinya kearah yang sepatutnya dan layak dipanggil sebagai pewaris takhta. Tidak lama kemudian dia bukan sahaja berhadapan dengan konflik diraja , dilemma cinta, dan persaingan merebut takhta. Mampukah Lee Hoon menghadapi segala cabaran tersebut? Lu pikirlah sendiri. Bak kate RAJA LAWAK.. hehe..

Special Video.






Favourite OST