Wednesday, February 27, 2008
Kid From Heaven ( Taiwan Drama)
Drama ini sangat menarik. Walaupun drama ini tidak begitu terkenal di Malaysia tetapi bagi sesiapa yang pernah menonton sudah pasti akan tertarik dengan drama ini. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang mentingkan persahabatan, darjat dan sebuah keluarga yang pincang. Drama ini sangat sedih kerana menceritakan seorang anak kecil lakonan Wang Zheng Wei sebagai Zhang Hai Xing yang dahagakan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah ditemuinya sejak kecil. Hai Xing adalah anak kepada Zhang Xing He (Lee Wei) dan He Hai Yun (Chen Yi Rong). Pada mulanya, Xing He dan Hai Yun bercinta sejak zaman persekolahan lagi tetapi hungan mereka tidak direstui oleh bapa Hai Yun. Oleh sebab Xing He amat mementingkan persahabatannya diantara Zhong Da Gui (Huang Hong Sheng) menyebabkan timbulnya pelbagai konflik. Walaupun dihalang oleh bapa Hai Yun, mereka tetap berhubungan secara diam-diam. Lama-kelamaan Hai Yun didapati hamil dan Xing He mengambil keputusan untuk mengahwininya walaupun dihalang oleh bakal bapa mertuanya. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka terpaksa hidup susah kerana sumber pencarian Xing He hanya terletak pada lukisan. Xing He telah melukis sebuah lukisan yang bernama 'KID FROM HEAVEN' dan dihadiahkan kepada Hai Yun ketika mereka mula berkenalan. Apabila dilihat pada lukisan tersebut jelas terlihat kesedihan Xing He. Xing He tidak pernah mengenali kedua orang tuanya, dan sejak kecil dia amat berharap agar dapat bertemu dengan ibunya walaupun dia tahu amat sukar untuk menjadikan impian tersebut sebagai realiti. Hai yun dapat merasakan kesedihan yang dialami Xing He ketika dia sedang mengandung. Hai Yun langsung tidak menjadikan kehidupan yang serba kekurang sebagai beban untuknya.
Bahkan dia bersyukur kerana dapat bersama dengan orang yang dicintai. Walaubagaimanapun, Xing He tidak sampai hati melihat Hai Yun yang sarat mengandung hidup dalam keadaan susah. Dia menerima tawaran bapa Hai Yun yang memintanya untuk berpisah dengan HaiYun sekiranya mahu melihat Hai Yun hidup bahagia.