Cerita ini mengisahkan tentang Ruixi yang menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk memikat hati seorang lelaki iaitu Yi Quan seorang pemain lompat tinggi. Rui Xi yang membesar di Amerika sanggup pulang ke Taiwan untuk bertemu dengan Yi Quan yang dengan khabarnya tidak lagi menyertai pertandingan lompat tinggi akibat kecederaan. Rui Xi juga terpaksa bersekolah di sekolah lelaki. Sewaktu bersekolah di situ Rui Xi berjaya mendekati Yi Quan. Lebih-lebih lagi dia ditetapkan untuk tinggal sebilik dengan Yi Quan. Pada awalnya Yi Quan tidak tahu identiti sebenar Rui Xi namun lama-kelamaan Yi Quan mengetahui Rui Xi seorang wanita. Dia mengetahuinya sewaktu Rui Xi pengsan ketika bermain bola bersama Xiu Yi dan Yi Quan memapahnya ke bilik rawatan. Semua orang di sekolah itu tidak mengetahui identiti Rui Xi kecuali Yi Quan dan guru perubatan iaitu Mei Tian mengetahui Rui Xi seorang perempuan apabila memeriksa Rui Xi ketika Ruixi pengsan.
Rui Xi berasa benar-benar takut kerana Mei Tian sudah mengetahu hal yang sebenarnya. Dia perlu memujuk Yi Quan supaya bergiat semula dalam arena lompat tinggi terlebih dahulu dan selepas itu dia akan meninggalkan sekolah itu sendiri.Sekiranya Mei Tian memberitahu pihak sekolah, Rui Xi tidak dapat meneruskan persekolahannya disitu. Rui Xi juga takut dengan kelakuan Mei Tian yang kelihatan ingin melakukan sesuatu yang buruk pada dirinya(pada awalnya). Apabila mengetahui Mei Tian lebih meminati lelaki bebanding wanita(guy) Rui Xi berasa lebih selamat apabila bersama Mei Tian. Mei Tian juga mengetahu Rui Xi meminati Yi Quan. Dia bersetuju untuk tidak membongkarkan rahsia selepas dipujuk oleh Rui Xi.
Si Nan merupakan senior dan selaku ketua asrama di sekolah tersebut. Dia seorang playboy dan sering mempermainkan wanita. Suatu hari, dia bertembung dengan Rui Xi dan cuba mengikat Rui Xi. Pada awalnya, dia menyangkakan Rui Xi seorang perempuan kerana wajah Rui Xi seakan-akan perempuan. Selepas ditegaskan oleh Rui Xi bahawa dirinya seorang lelaki, akhirnya Si Nan beredar dari situ. Yi Quan yang memerhati keadaan tersebut berasa risau akan keselamatan Rui Xi
Dalam masa yang sama hubungan antara Rui Xi dan Xiu Yi semakin rapat selepas insiden Rui Xi pengsan. Lama-kelamaan Xiu Yi jatuh hati kepada Rui Xi dan setiap kali melihat Rui Xi bersama Zi Quan, dia berasa amat cemburu. Walaubagaimapun Xiu Yi tidak mahu menjadi seorang yang homoseksual dan cuba untuk menjauhi Rui Xi. Namun setiap kali dia cuba mengelak dari Rui Xi dan setiap kali itu jualah dia asyik bertembung dengan Rui Xi. Oleh sebab itu sukar baginya untuk melupakan Ruixi.
Sewaktu Ruixi ingin pulang ke asrama, dia menerima sepucuk surat. Surat tersebut memberitahu bahawa abang Rui Xi iaitu Lu Jing Xi akan datang ke Taiwan untuk ujikajinya dan sekaligus untuk melawat Ruixi. Lu Jing Xi merupakan penuntut dalam bidang perubatan di universiti Harvard. Rui Xi berasa cemas apabila mengetahu tentang hal itu.
Lu Jing Xi terkejut apabila mengetahui Rui Xi bersekolah di sekolah lelaki dan memaksa Rui Xi supaya mengikutnya pulang ke Amerika. Rui Xi enggan pulang ke Amerika kerana selagi tidak melihat Yi Quan lompat tinggi. Apabila Yi Qian mengetahui Lu Jing Xi ingin membawa Rui Xi pulang ke Amerika, dia bertemu dengan Lu Jing Xi. Abang Rui Xi akan membiarkan Rui Xi terus bersekolah di situ sekiranya Rui Xi berjaya dalam pertandingan lompat tinggi itu. Yi Quan bersetuju dengan permintaan abang Ruixi.
|
|