Saturday, April 25, 2009

Which one better for Kim Hyun Joong?


Selepas episode Boys Over Flowers tamat baru-baru ini, Kim Hyun Jung kelihatan melakukan sedikit perubahan kepada penampilannya. Adakah anda berminat dengan gaya barunya atau style lama lebih baik?
Kim Hyun Joong mula dikenali selepas membintangi drama Boys Over Flowers yang juga merupakan drama paling hot 2009. Kim Hyun Joong juga merupakan anggota kepada kumpulan SS501.

Kim Hyun Joong yang memegang watak sebagai Ji Hoon didalam Boys Over Flowers berjaya menarik perhatian penonton terutamanya dikalangan wanita. Perwatakannya didalam BOF yang agak-agak 'control macho' tu membuatkan dirinya kelihatan seolah-olah 'gentlemen'.. Gentlemen ke? Kah..kah..
Apa yang best untuk dilihat ketika dia memegang watak Ji Hoon ialah walaupun dia mempunyai perasaan kepada Geum Jan Di tetapi dia tidak pernah mencuba merampas Jan Di dari kawan baiknya sendiri. Walaupun dia sentiasa bersama Geum Jan Di tetapi dia tetap menghormati Jan Di sebagai kekasih rakan baiknya. Dia juga hanya meluahkan perasaannya melalu muzik..

Biasalah muka yang agak-agak jambu mesti pompuan2 kat luar sana minat kat dia.. betul tak? Aku ni tak adalah minat sangat kat mamat ni.. Cuma tak ada apa yang nak tulis! Sudah kehabisan idea..