Tuesday, January 6, 2009

Ku Milikmu


Drama baru Ku Milikmu telah disiarkan di TV3 untuk mengisi slot Lestary. Sebenarnya, cerita ni tak adalah yang paling latest tapi baru tulis review. Apa salahnya menyokong industri seni Malaysia sendiri. Betol tak?


Drama ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang bernama Iqbal yang dipaksa berkahwin untuk mendapatkan harta warisan neneknya. Kebetulan ketika itu , Kirana iaitu rakan chatting Iqbal di internet ingin pulang ke Malaysia. Kirana telah lama tinggal di Amerika dan pulang ke Malaysia untuk mempelajari selok-belok perniagaan. Iqbal berhajat untuk menjadikan Kirana sebagai isterinya, walaupun tidak pernah bertemu dengan Kirana sendiri. Dia membayangkan Kirana seorang yang jelita dan kaya-raya kerana mengetahui bahawa Kirana merupakan anak kepada usahawan perkapalan yang berjaya. Kirana langsung tidak mempercayai perhubungan yang terjalin di internet. Oleh sebab itu, setibanya di lapangan terbang, dia menukarkan identitinya dengan anak pembantu rumah yang telah lama tinggal bersamanya iaitu Anisa. Bermula dari itu, Anisa menjadi Kirana Suraya dan Kirana menjadi Anisa. Kirana melakukan hal itu kerana ingin menguji ketulusan Iqbal. Anisa merupakan seorang yang lurus bendul dan berpenampilan agak kolot dan pelik.
Setelah bertemu dengan Kirana, Iqbal merasakan dia telah melakukan satu kesilapan kerana kirana yang ditemui itu langsung tidak seperti kriteria yang diceritakan di internet. Namun begitu, nenek Iqbal sangat menyukai Kirana kerana kekayaan kirana dan nekad untuk menjodohkan mereka berdua.
Iqbal membuat keputusan untuk tidak berkahwin dengan Kirana dan sanggup melepaskan segalanya. Dia merasakan Kirana tidak sesuai dengannya.
Adakah Iqbal akan menyukai kirana palsu? Atau berpaling kepada Kirana sebenar setelah mengetahui perkara sebenar?? Saksikanlah drama ini..


Nak dengar lagu tema drama ini?? Lagu tema Drama ini bertajuk Rasa Cinta nyanyian Faradhiya. Lagu ini direka khas untuk drama ini.. Sesuai betol... hahaha

Download here: