Sunday, March 29, 2009

Prinsip Perakaunan (SPM)





Memandangkan aku ni budak akaun (akaun la sangatkan), aku nak beritahu kat korang2 yang seusia dengan aku dan juga budak akaun sealiran dengan aku. Ni bukan entry peribadi, walaupun nampak macam sesat sikit kat sini.. Hahaha

Kepada pelajar-pelajar SPM 2008 yang mengambil subjek Prinsip Akaun, sudahkah anda mengisi borang seperti diatas? Aku malas nak cerita banyak, so bacalah sendiri syarat kat bawah ni..

So, sesiapa yang dapat credit akaun and kepujian Bi... Isilah borang ni, sebelum korang menyesal tak sudah!!

Ni Satu lagi.. Sesiapa yang nak memohon Institusi Mara (KPM,KPTM,GMI) boleh lah berbuat demikian sebeluum 20 April.. Kalau korang rasa dah cukop dengan apa yang korang dah minta sebelum ni.. Terpulanglah.. Tak rugi pun kalau minta.. Ni dah alang2 aku tahu.. So, sesiapa yang rasa diri dia tu baru lepas SPM.. Sila grab la cepat2 ekk!! Hahahaha

Friday, March 27, 2009

Akademi Fantasia 7

Haa... Sedar atau tidak.. Akademi Fantasia sudah pun beranjak pada musim ke-7. Adakah anda peminat akademi Fantasia? Minat atau tidak, belakang kira.. Yang penting aku nak cukupkan entry aku pada bulan ni. Sebenarnya, aku pun tak minat sangat AF ni.. Tapi kadang-kadang layang la jugak..

Senarai 7 pelajar lelaki

  1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
  2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
  3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
  4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
  5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
  6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
  7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 7 calon pelajar perempuan

  1. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
  2. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
  3. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor) (Terkeluar M2)
  4. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
  5. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
  6. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
  7. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Antara pelajar-pelajar AF kali ini ada juga yang pernah menyertai rancangan realiti lain dan mempunyai ikatan dengan artis. Contohnya:
Haa.. Yang poyo sorang ni Aril.. Patutlah, macam pernah tengok mamat ni.. Ingat punya ingat, rupanya dia pernah menyertai Gengstar TV3 sebelum ni.. Memang tak salah lagi.. Tapi kumpulan dia terkeluar awal.. Dia ni juga ada merupakan adik kepada Izwan pilus.. Patutlah suara lebih kurang je. Style rambut pun hampir sama.. Style cover line namenyer.. hahaha.. Jangan marah, just gurau jew..

Hot Mama!! Isma juga mempunyai ikatan kekeluargaan dengan seorang artis. Isma ni merupakan kakak kepada Tomok. Rasanya semuanya dah tahu.. Muka Isma ni comellah.. Nampak macam tenang je.. Harap2 Isma boleh jadi Juara!!

Haa.. Dia ni memang sah2 dah artis.. Best tengok attitude dia.. Mcm cool je..


Yang lain-lain ni memang tak ada kaitan dengan artis.. Tapi lepas ni dia orang sendiri yang akan jadi artis.. hahaha





Wednesday, March 25, 2009

Boys Over Flowers

Haa.. Jangan terkejut!! Ni kira penambahan kepada entry Boys Over Flowers yang sebelumnya.. Yang entry sebelumnya itu dikira sebagai permulaan sajalah.. Cause it look so simple.. But i dont make a promise, this gonna be the last entry for this post.. hahaha.. Cause i love this drama so much.. Maybe will have new in the future..

Sebagaimana yang you all tahu.. Cerita ini diadaptasi daripada manga Jepun yang juga pernah di dramakan dalam versi taiwan dan Jepun. Kalau nak dikatakan mana yang terbaik diantara tiga versi ini.. Saya tak dapatlah nak membuat keputusan kerana saya tidak pernah menonton dua versi sebelumnya. Kalau ditanya saya, sudah tentu saya akan mengatakan versi korea 'the best'.

Apa yang menarik dalam cerita ini?
Apabila anda menonton drama ini, anda akan mendapati drama ini penuh dengan kelucuan, namun tidak ketinggalan juga dengan perasaan sedih dalam masa yang sama. Oleh hal demikian, membuatkan drama ini tidak membosankan. Anda mungkin akan ketawa dan menangis apabila menonton drama ini..
(Kalau tak rasa apa-apa... You better go to a doctor) hahahaha

Selain itu, perjalanan cerita dalam drama ini juga berjalan cepat. Maksudnya, kita dapat memahami jalan cerita ini dengan cepat atau dalam erti kata lain tidak meleret-leret. Itulah yang membuat drama ini menarik. Daripada drama yang beratus-ratus episode tetapi maksudnya tidak sampai, lebih baik sesebuah drama itu dibuat pendek-pendek seperti drama ini. Personally, saya memang tak suka drama yang panjang-panjang. Sebabnya.. haa.. pandai.. Lembab.. Orang dah sampai Z, kita baru nak beralih ke B. Memang kesian..

Tambahan lagi, pelakon-pelakon dalam drama ini cute-cute belaka. Sebenarnya, gaya mereka yang membuatkan mereka menyerlah dan kelihatan anggun dikaca TV. Gaya mereka tidak terlambau 'over' dan tidaklah terlampau ringkas membuatkan mereka kelihatan sempurna. Apabila gaya itu sesuai, yang hodoh pon boleh jadi cantik. Jadi, tidak hairanlah kalau kita lihat pelakon korea comel-comel belaka. Contohnya gaya Goo Jun Pyo... Gaya rambutnya yang ala-ala curly tu, memang sesuai dengan watak yang dipegangnya.

Kalau nak diikutkan, semua cerita korea lebih kepada kisah cinta. Pada pandangan saya, walaupun kebanyakkan drama korea berkisahkan cinta, namun jalan penceritaan mereka berbeza-beza, walaupun adakalanya kelihatan streotype. Saya tak berani nak komen apa-apa pasal drama tempatan kerana takut dikomen seperti ini ' Ko tak pernah buat drama, mana kau tahu?'.. Haa.. So better i closed my mouth..

Drama ni memang banyak dugaan, banyak betul kisah kemalangan yang berlaku ketika penggambaran dijalankan. Pertamanya kemalangan yang melibatkan Kim Bun dan kemudiannya Goo Hye Sun yang menyebabkan drama ini pernah tertunda episode sekali. Perancangan awal, drama ini hanya mempunyai 24 episode, namun atas peristiwa yang berlaku, pihak KBS (dengar katanya) menambahkan satu lagi episode menjadikan drama ini 25 episode semuanya.

Drama korea juga sinonim dengan OST. Setiap drama yang dihasilkan sudah pasti ada Original Soundtracknya sendiri. Itulah kekuatan drama korea. Kebanyakkan lagu-lagunya, memang direka khas untuk drama tersebut membuatkan drama tersebut kelihatan lebih sempurna. Nampak gayanya, banyak drama/telemovie/cerekarama menciplak lagu-lagu latar drama korea ni. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh lagu latar dalam sesebuah drama! Tak teringin ke malaysia nak buat macam tu? Dalam entry yang sebelumnya ada diselitkan ostnya.. So you better find it out!!

Lagu dalam drama ini, semuanya sesuai dengan drama ni! (Maybe dah lali kot). Terbukti lagu OST juga boleh dikomersialkan.. Malah lebih meluas daripada lagu-lagu yang sudah ada dipasaran...

So penutupnya.. I love this drama!! I hoped you all too!!

Saturday, March 7, 2009

Raja Lawak Musim Ke-3



Sedar tak sedar Raja lawak musim ke-3 sudah pun berakhir. Kumpulan Sepah yang terdiri daripada Shuib, Jepp, dan Mamat telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Musim Ke-3. Syabas serta tahiniah diucapkan kepada kumpulan Sepah. Kumpulan Sepah merupakan salah satu peserta Raja Lawak yang setiap minggu mempamerkan aksi konsisten. Jihan pula berjaya merangkul gelaran Naib Juara diikuti dengan Amir yang merangkul tempat ke-3. Berdasarkan persembahan ke tiga-tiga finalis raja lawak, Sepah memang berhak dinobatkan sebagai Juara.

Antara video Sepah: