Sinopsis
Eun Jae (Han Chae Young) seorang yang degil, megah, tabah dan berminat dalam bidang masakan. Disebabkan itu dia tidak berminat untuk belajar, dia melarikan diri ke Itali sebelum sempat menamatkan pelajaran di sekolah tinggi untuk masuk ke sekolah memasak. Rakan sekolahnya yang amat menyukai Eun Jae yang mempunyai minat yang sama dengannya pergi bersama Eun Jae.
Han Yi-Joon (Jo Hyun Jae) seorang yang berasal dari keluarga yang kaya yang memiliki hotel besar dan banyak restoran. Dia pergi ke Itali untuk menghadiri perkahwinan ibunya dan ketika disana dia terserempak dengan Eun Jae yang curi-curi melihat perkanwinan tersebut untuk melihat persediaan chef dan belajar untuk membuat pasta yang sedap. Dia memujuk Yi-Joon, yang sedih melihat perkahwinan ibunya dan berlaku perkara diluar jangkaan. Tidak lama kemudian Eun Jae didapati hamil dan impiannya tidak dapat dicapai tetapi dia tidak memberitahu Yi Joon tentang perkara tersebut.
Enam tahun kemudian, mereka pulang ke Korea - Eun Jae bekerja sebagai tukang masak yang bergaji , Yi-Joon mengambil-alih perniagaan restoran keluarganya,dan kawan Eun Jae bekerja sebagai chef disalah sebuah restoran milik Yi Joon dan menyara keluarga Eun Jae,termasuklah menyara anak Eun Jae dari segi kewangan kerana keluarga Eun Jae melalui kehidupan yang susah. Yi-Joon masih ada perasaan EunJae dan mereka mengelakkan diri untuk bertemu anatara satu sama-lain. Semasa ingin mencari tukang masak baru, dia hanya memikirkan Eun Jae. .Konflik berlaku antara tiga watak utama.
Cast Han Chae Young sbg Cha Eun-jae
Jo Hyun Jae sbg Han Yi-joon
Hong Soo Hyun sbg Ji Soo-yeon
Lee Chun Hee sbg Jung Hyun-sung
THE OST:
01. Intro (Narration: Han Chae Young)02. Title (Only You)03. sarang hal gge - The One