Friday, March 27, 2009

Akademi Fantasia 7

Haa... Sedar atau tidak.. Akademi Fantasia sudah pun beranjak pada musim ke-7. Adakah anda peminat akademi Fantasia? Minat atau tidak, belakang kira.. Yang penting aku nak cukupkan entry aku pada bulan ni. Sebenarnya, aku pun tak minat sangat AF ni.. Tapi kadang-kadang layang la jugak..

Senarai 7 pelajar lelaki

  1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
  2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
  3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
  4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
  5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
  6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
  7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 7 calon pelajar perempuan

  1. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
  2. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
  3. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor) (Terkeluar M2)
  4. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
  5. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
  6. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
  7. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Antara pelajar-pelajar AF kali ini ada juga yang pernah menyertai rancangan realiti lain dan mempunyai ikatan dengan artis. Contohnya:
Haa.. Yang poyo sorang ni Aril.. Patutlah, macam pernah tengok mamat ni.. Ingat punya ingat, rupanya dia pernah menyertai Gengstar TV3 sebelum ni.. Memang tak salah lagi.. Tapi kumpulan dia terkeluar awal.. Dia ni juga ada merupakan adik kepada Izwan pilus.. Patutlah suara lebih kurang je. Style rambut pun hampir sama.. Style cover line namenyer.. hahaha.. Jangan marah, just gurau jew..

Hot Mama!! Isma juga mempunyai ikatan kekeluargaan dengan seorang artis. Isma ni merupakan kakak kepada Tomok. Rasanya semuanya dah tahu.. Muka Isma ni comellah.. Nampak macam tenang je.. Harap2 Isma boleh jadi Juara!!

Haa.. Dia ni memang sah2 dah artis.. Best tengok attitude dia.. Mcm cool je..


Yang lain-lain ni memang tak ada kaitan dengan artis.. Tapi lepas ni dia orang sendiri yang akan jadi artis.. hahaha





Wednesday, March 25, 2009

Boys Over Flowers

Haa.. Jangan terkejut!! Ni kira penambahan kepada entry Boys Over Flowers yang sebelumnya.. Yang entry sebelumnya itu dikira sebagai permulaan sajalah.. Cause it look so simple.. But i dont make a promise, this gonna be the last entry for this post.. hahaha.. Cause i love this drama so much.. Maybe will have new in the future..

Sebagaimana yang you all tahu.. Cerita ini diadaptasi daripada manga Jepun yang juga pernah di dramakan dalam versi taiwan dan Jepun. Kalau nak dikatakan mana yang terbaik diantara tiga versi ini.. Saya tak dapatlah nak membuat keputusan kerana saya tidak pernah menonton dua versi sebelumnya. Kalau ditanya saya, sudah tentu saya akan mengatakan versi korea 'the best'.

Apa yang menarik dalam cerita ini?
Apabila anda menonton drama ini, anda akan mendapati drama ini penuh dengan kelucuan, namun tidak ketinggalan juga dengan perasaan sedih dalam masa yang sama. Oleh hal demikian, membuatkan drama ini tidak membosankan. Anda mungkin akan ketawa dan menangis apabila menonton drama ini..
(Kalau tak rasa apa-apa... You better go to a doctor) hahahaha

Selain itu, perjalanan cerita dalam drama ini juga berjalan cepat. Maksudnya, kita dapat memahami jalan cerita ini dengan cepat atau dalam erti kata lain tidak meleret-leret. Itulah yang membuat drama ini menarik. Daripada drama yang beratus-ratus episode tetapi maksudnya tidak sampai, lebih baik sesebuah drama itu dibuat pendek-pendek seperti drama ini. Personally, saya memang tak suka drama yang panjang-panjang. Sebabnya.. haa.. pandai.. Lembab.. Orang dah sampai Z, kita baru nak beralih ke B. Memang kesian..

Tambahan lagi, pelakon-pelakon dalam drama ini cute-cute belaka. Sebenarnya, gaya mereka yang membuatkan mereka menyerlah dan kelihatan anggun dikaca TV. Gaya mereka tidak terlambau 'over' dan tidaklah terlampau ringkas membuatkan mereka kelihatan sempurna. Apabila gaya itu sesuai, yang hodoh pon boleh jadi cantik. Jadi, tidak hairanlah kalau kita lihat pelakon korea comel-comel belaka. Contohnya gaya Goo Jun Pyo... Gaya rambutnya yang ala-ala curly tu, memang sesuai dengan watak yang dipegangnya.

Kalau nak diikutkan, semua cerita korea lebih kepada kisah cinta. Pada pandangan saya, walaupun kebanyakkan drama korea berkisahkan cinta, namun jalan penceritaan mereka berbeza-beza, walaupun adakalanya kelihatan streotype. Saya tak berani nak komen apa-apa pasal drama tempatan kerana takut dikomen seperti ini ' Ko tak pernah buat drama, mana kau tahu?'.. Haa.. So better i closed my mouth..

Drama ni memang banyak dugaan, banyak betul kisah kemalangan yang berlaku ketika penggambaran dijalankan. Pertamanya kemalangan yang melibatkan Kim Bun dan kemudiannya Goo Hye Sun yang menyebabkan drama ini pernah tertunda episode sekali. Perancangan awal, drama ini hanya mempunyai 24 episode, namun atas peristiwa yang berlaku, pihak KBS (dengar katanya) menambahkan satu lagi episode menjadikan drama ini 25 episode semuanya.

Drama korea juga sinonim dengan OST. Setiap drama yang dihasilkan sudah pasti ada Original Soundtracknya sendiri. Itulah kekuatan drama korea. Kebanyakkan lagu-lagunya, memang direka khas untuk drama tersebut membuatkan drama tersebut kelihatan lebih sempurna. Nampak gayanya, banyak drama/telemovie/cerekarama menciplak lagu-lagu latar drama korea ni. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh lagu latar dalam sesebuah drama! Tak teringin ke malaysia nak buat macam tu? Dalam entry yang sebelumnya ada diselitkan ostnya.. So you better find it out!!

Lagu dalam drama ini, semuanya sesuai dengan drama ni! (Maybe dah lali kot). Terbukti lagu OST juga boleh dikomersialkan.. Malah lebih meluas daripada lagu-lagu yang sudah ada dipasaran...

So penutupnya.. I love this drama!! I hoped you all too!!

Saturday, March 7, 2009

Raja Lawak Musim Ke-3



Sedar tak sedar Raja lawak musim ke-3 sudah pun berakhir. Kumpulan Sepah yang terdiri daripada Shuib, Jepp, dan Mamat telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Musim Ke-3. Syabas serta tahiniah diucapkan kepada kumpulan Sepah. Kumpulan Sepah merupakan salah satu peserta Raja Lawak yang setiap minggu mempamerkan aksi konsisten. Jihan pula berjaya merangkul gelaran Naib Juara diikuti dengan Amir yang merangkul tempat ke-3. Berdasarkan persembahan ke tiga-tiga finalis raja lawak, Sepah memang berhak dinobatkan sebagai Juara.

Antara video Sepah:

Thursday, February 19, 2009

Pontianak Harum Sundal Malam 1










Pelakon
Meriam : Maya karin
Masrani : Azri Iskandar
Danial : Sahronizam



Sinopsis:

Kampung paku Laris terkenal dengan primadona Meriam, penari gemelan yang telah menawan hati ramai peminat di pasar dan di istana. Harum bunga sundal malam pembuka tarian Meriam serta kejelitaannya mengasyikkan. Sesekali apabila gerak Meriam bersatu dengan rentak, tubuh Meriam menjadi ringan dan terapung di atas tunang. Saudagar Masrani dan sahabat baiknya Danial di antara mereka yang berebut-rebut mencuri hati Meriam. Tetapi Meriam memilih Danial sebagai teman hidupnya. Hal itu menyebabkan timbul rasa cemburu dalam diri Masrani.

Saturday, February 14, 2009

Sayang You Can Dance


MIA, seorang anak gadis lincah dan periang yang baru pulang ke Kuala Lumpur setelah tamat pelajaran di Singapura. Mia gemar menari tetapi hobinya itu mendapat tentangan dari ayahnya.

Di Kuala Lumpur, Mia rapat dengan sepupunya, Daniel yang telah memperkenalkannya dengan satu kumpulan penari bergelar DanceStarz. Mia kemudian jatuh hati dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut bernama Remie tanpa menyedari, teman baik Remie iaitu Robby amat menyukai Mia. Kehadiran Mia menyebabkan hubungan persahabatan antara Remie dan Robby renggang. Apabila Robby menarik diri daripada gelanggang cinta tiga segi itu untuk memberi peluang kepada Remie, Mia mulai sedar banyak lagi liku-liku cinta yang lebih besar yang menghalang cintanya dan Remie.

Pada waktu yang sama, DanceStarz pula bersedia untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan tarian yang bakal mengubah hidup mereka.

Filem ini menyaksikan nama-nama tidak asing dalam persada seni tanahair seperti Sharifah Amani (Sepet, Gubra, Gol & Gincu, Puaka Tebing Biru), Carmen Soo (Baik Punya Cilok, Visit Hungry Ghost), Alam (Alam, So You Think You Can Dance), Ebi Kornelis (AF5) Dafi (AF5) dan juga pelakon dari Indonesia Samuel Rizal (Eifel....I'm In Love, Apa Artinya Cinta).

Sunday, February 8, 2009

Star’s Lover


Cast :
  • Choi Ji-woo as Lee Ma Ri
  • Yoo Ji-tae as Kim Chul Soo
  • Lee Ki-woo as Jung Woo Jin
  • Cha Ye-ryeon as Choi Eun Young
  • Ki Tae-yeong as Son Ha Young
  • Choi Philip as Kang Woo Jin

Synopsis

Lee Ma Ri is a famous actress that is actively pursued by four men. The four men come from different backgrounds and have different aspirations. One is a literature graduate student who dreams of becoming a writer (Yoo Ji Tae), another is a famous photographer (Choi Phillip), the third is the heir to a major chaebol family (Ki Tae Young), and the last man chasing after Ma Ri is a young executive who works at a media corporation (Lee Ki Woo).


Lover in Prague


Cast :
  • Jeon Do-yeon(전도연)
  • Kim Joo-hyeok(김주혁)
  • Kim Min-joon(김민준)
  • Yoon Se-ah(윤세아)

Synopsis:

The presidents daughter, Yoon Jae-hee (Jun Do-yeon) is living in Prague working as an official in the consulate under foreign affairs. Choi Sang-hyun (Kim Joo-hyuk) is a detective who goes to Prague in order to look for his girlfriend, Hye-joo (Yoon Se-ah). Sang-hyun who loves Hye-joo very much has been paying for Hye-joo’s tuition, and was planning to marry her in the future. However one day, after Sang Hyun receives the presidential letter of commendation, Hye-joo (who is in Prague) tells Sang-hyun never to look for her again.Sang-hyun ends up going to Prague to find Hye-joo. Sang-hyun meets Jae-hee and misunderstandings arrive between them. Sang-hyun ends up thinking Jae-hee is a prostitute but later asks her to help him translate (because he only spoke Korean) when he gets into a little problem with a pick-pocketer. Coincidentally, Jae-hee’s roommate is Hye-joo. Later, Sang-hyun learns that she is pregnant with another man’s baby. Hye-joo tells Sang-hyun she loves the other man even if he is much
older because he is wealthy. Ji Young-woo (Kim Min-joon) is from a prominent family, he was Jae-hee’s former boyfriend, but had left her due to his own reasons, and still harbors feelings for her. Apparently, Young Woo’s father was the man who got Hye Joo pregnant!3 months later, back in Korea, Jae-hee gets pulled over for speeding. The officer who pulled her over is Sang-hyun…the two then form a love story.


My Sweet Seoul


Synopsis

The drama will be about the love life of an old maid, Oh Eun Joo. She has been working at a book publishing company for seven years. Eun Joo forms a love triangle with Tae Woo and Young Soo. Tae Woo is younger than Eun Joo by seven years and Young Soo is an ordinary office worker

The OST


additional songs

My woman



Synopsis

Se Ra merupakan seorang wanita bercita-cita tinggi namun cita-cita untuk bercampur dengan golongan atasan dihalang oleh teman lelakinya Hyun Min. Walaupun dia kelihatan lemah tetapi sebenarnya dia amat bijak melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Se ra curang kepada Hyun Min dalam usahanya untuk mencapai kejayaan. Hal ini menyebabkan Hyun Min membenci Tae Sung. Drama ini memaparkan industry impot mengimport.