Wednesday, November 7, 2007

Time Between Dog And Wolf

Cerita Time between Dog and Wolf ini adalah mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang penuh dendam. Kematian ibu tersayang menyebabkan Xiu Xian(Lee Jun Ki) bertekad untuk membalas dendam. Selepas kematian ibu, Xiu Xian berasa keseorangan dan tiada tempat bergantung. Ibu Xiu Xian bekerja sebagai polis yang bertugas mencegah pengedaran dadah di Asia Tenggara(Thailand). Setelah misi menangkap pengedar dadah gagal, seorang samseng telah membunuh ibu Xiu Xian di sebuah restoran Thailand di hadapan mata Xiu Xian sendiri. Ketua bahagian dadah korea iaitu orang yang bertanggungjawab mengarahkan ibu Xiu Xian melaksanakan misi itu telah membawa Xiu Xian ke Korea dan membesarkannya seperti anaknya sendiri. Pada mulanya, Xiu Xian tidak mahu tinggal di korea kerana dia telah lama tinggal di Thailand. Ketua bahagian tersebut mempunyai seorang anak bernama Kang Ming Ji. Ming Ji amat gembira kerana Xiu Xian tinggal bersamanya dan menganggap Xiu Xian seperti adiknya walaupun umur mereka sebaya. Setelah dewasa, Kang Ming Ji dan Xiu Xian menyertai pasukan perisikan. Xiu Xian bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang perisik yang berwibawa, namun Ming Ji sering tidak serius ketika bekerja. Dalam satu misi, Xiu Xian hilang kawalan diri apabila berhadapan dengan pembunuh ibunya dan oleh sebab itu, dia di buang kerja. Tidak lama kemudian, Xiu Xian dilantik menjadi pengintip di korea. Satu kejadian telah direka cipta oleh jabatan perisikan untuk memusnahkan identiti Xiu Xian. Semua orang menyangka Xiu Xian telah mati akibat kemalangan dan tiada seorang pun yang tahu bahawa dia masih hidup kecuali bapa angkatnya dan ketua perisikan. Orang yang paling sedih atas kematian Xiu Xian ialah A li. Kang Ming Ji turut berasa tertekan atas kematian Xiu Xian. Mampukah Xiu Xian menyempurnakan tugasnya?? Mampukah dia menghadapi konflik cinta dengan anak pembunuh ibunya? Saksikanlah cerita ini.....