Saturday, January 24, 2009

Boys Over Flowers



Perkenalan:

Boys before flowers mempunyai 24 episod dalam versi korea diterbitkan oleh KBS2TV pada tahun ini yakni tahun 2009. Seperti yang diketahui, drama ini diadaptasi dari komik jepun terkenal iaitu "hana yori dango". Komik yang sama juga pernah diadaptasi dalam drama taiwan "meteor garden" dan drama jepun "hana yori dango", menjadikan drama ini drama yang ke-3 diadaptasi dari komik tersebut.




Sinopsis

Drama ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Geum Jan Di, yang telah berjaya mendapat biasiswa untuk memasuki sebuah sekolah yang berprestij dan dipenuhi dengan anak orang atasan yang kaya-raya. Dia merupakan anak kepada tukang dobi, yang hidup sedarhana, dan tidak mempunyai pembelajaran yang sempurna.Disana (sekolah), dia bertemu dengan "flower 4," iaitu sebuah kumpulan yang dianggotai 4 orang lelaki yang kacak dan kaya-raya yang amat terkenal disekolah serta di bandar tersebut. Geum Jan Di kemudiannya telah jatuh cinta pada salah seorang dari mereka iaitu Ji Hoon, tetapi dia mengetahui bahawa ketua kumpulan tersebut Jun Pyo, turut jatuh cinta padanya. Drama ini memaparkan kehidupannya dan cinta tiga segi yang dialaminya.




Boy Over Flowers OST

01 파라다이스(꽃보다 남자OST 메인 테마) - 티맥스 (T-Max)
02 내 머리가 나빠서 - SS 501(더블에스 501)
03 알고있나요(꽃보다 남자OST 삽입곡) - Someday
04 Stand By Me - 샤이니(SHINee)
05 Lucky - Ashily
06 별빛눈물 - 김유경
07 조금은(꽃보다 남자OST 삽입곡) - 서진영
08 One More Time - 나무자전거
09 I Know (Saxophone Inst.) - 이정식, 오준성
10 Dance with me (Inst.) - 오준성
11 Blue Flower (Inst.) - 오준성
12 So sad (Inst.) - 오준성
13 Opening Title(파라다이스 intro) - 오준성, 티맥스 (T-Max)

Thursday, January 8, 2009

Love Or Bread


Drama ini mengisahnkan kehidupan dua individu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari wang bagi meneruskan kehidupan masing-masing. Frank lakonan Joe Cheng sentiasa tampil dengan imej kaya tetapi realitinya Frank hanya orang miskin yang banyak menangung beban hutang kad kredit. Tiada apa yang boleh dibanggakan dalam kehidupan Frank malah terpaksa merayu kepada penghutang supaya memberi lebih masa kepadanya untuk melangsaikan segala hutang.

Berlainan dengan Zheng Shan (Ariel Lin) yang sanggup melakukan tiga pekerjaan semata-mata untuk membantu keluarganya. Dia juga sanggup mengirimkan wang kepada teman lelakinya yang masih menuntut di China. Walaupun dihalang oleh ibu bapanya, Shan Mei tetap ingin ke China untuk bertemu dengan teaman lalakinya dan merancang untuk berkahwin disana.. Ketika bertemu dengan teman lelakinya disana, Shan Mei mendapat tahu bahawa teman lelakinya curang. Dia berasa amat kecewa dengan hal tersebut dan terpaksa pulang semula ke Taiwan. Shan Mei kemudiannya menyewa sebuah bilik yang juga salah sebuah bilik dirumah tersebut disewa oleh Frank. Shan menyewa bilik tersebut dengan menggunakan cincin pusaka ibu Frank yang secara tidak sengaja ada padanya.
Frank yang mulanya membenci perangai Shan Mei yang sentiasa bersungguh-sungguh mencari wang akhirnya jatuh cinta dengan keikhlasan hati Shan Mei namun terpaksa merahsiakannya.

Shan Mei akhirnya menemui lelaki idamannya En Hou, seorang pemuda yang kaya dan baik hati. Shan Mei gembira bersama En Hou, namun dihatinya sentiasa memikirkan Frank. Apakah kesudahan hubungan mereka? Jom kita tengok cerita ni..

Macam biasalah setiap drama mesti ada OST nya, samalah juga dengan cerita ni. Tapi Ost citernyer punyelah susah nak cari.. Almaklum sajalah, dram ni pon masih baru dan panas lagi.. So klu nak cari full album OST memang susah.. Tapi klu sikit2 tu boleh la..

The OST:

Wednesday, January 7, 2009

Black And White





Description:
Pi Zi and Ying Xiong are two cops who are as different as day and night. One does nothing except for drinking coffee and living a luxurious lifestyle while waiting for information from dubious sources to crack his cases. Another believes law and justice are the pillars of society and is constantly on the street catching criminals… a little overzealously for his superior’s liking. When a case brought these two top crime solvers together, sparks flied and a little light peeked into this dark city where the nation's President is on friendly terms with the local mafia and twins kill people while drinking milkshake


Drama baru dari taiwan yang bertajuk Black & White. Drama ini merupakan drama terbaru lakonan Vic Zhou. Vic Zhou memegang watak yang berbeza daripada drama yang pernah dilakonkannya. Dalam drama ini dia memegang watak sebagai polis.

Tuesday, January 6, 2009

Rona Roni Makaroni



Drama Rona Roni Makaroni telah mula disiarkan di Astro Ria setiap Khamis, pukul 9.30 malam. Actually I dont know this drama well.. But little bit that i can story is..
Drama ini mengisahkan Rona, seorang gadis kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari ayahnya dan juga ingin lari dari cengkaman ayah tirinya. Banyak perkara berlaku setibanya di Kuala Lumpur dan secara kebetulan bertemu dengan Roni dan adiknya, Shaz. Oleh sebab kasihan, Shaz membawa Rona tinggal bersamanya disamping member pekerjaan di Restoran Roni. Roni gemar akan masakan France dan membuka restoran tersebut dengan titik peluhnya sendiri. Roni mempunyai teman wanita bernama Jia. Jia merupakan seorang selebriti terkenal. Mereka terpaksa menyembunyikan hubungan mereka demi kerjaya Jia. Adakah Roni akan jatuh cinta pada Rona? Adakah restoran france milik Roni akan terus maju?? Saksikanlah Rona Roni Makaroni..

Cari punyer cari, nah aku bawak kan korang MV citer nie.. Utuk preview pon jadilah.. Tajuk MV nie.. Akan tiba yang dinyanyikan oleh Alif.. Sebenarnyer aku dah letak MV nie kat blog Video Mania ( nuratirah4) tapi malangnya.. blog tu kene spam untuk 20 ari.. So sementara tunggu blog tu bukak semule .. Aku letaklah video tu kat sini.. Takot ade yang kempunan.. hehe.. Enjoy This Video..
Klu nak lagu dia.. Log on to nuratirah2.blogspot.. See ya..

Download Video here:

Ku Milikmu


Drama baru Ku Milikmu telah disiarkan di TV3 untuk mengisi slot Lestary. Sebenarnya, cerita ni tak adalah yang paling latest tapi baru tulis review. Apa salahnya menyokong industri seni Malaysia sendiri. Betol tak?


Drama ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang bernama Iqbal yang dipaksa berkahwin untuk mendapatkan harta warisan neneknya. Kebetulan ketika itu , Kirana iaitu rakan chatting Iqbal di internet ingin pulang ke Malaysia. Kirana telah lama tinggal di Amerika dan pulang ke Malaysia untuk mempelajari selok-belok perniagaan. Iqbal berhajat untuk menjadikan Kirana sebagai isterinya, walaupun tidak pernah bertemu dengan Kirana sendiri. Dia membayangkan Kirana seorang yang jelita dan kaya-raya kerana mengetahui bahawa Kirana merupakan anak kepada usahawan perkapalan yang berjaya. Kirana langsung tidak mempercayai perhubungan yang terjalin di internet. Oleh sebab itu, setibanya di lapangan terbang, dia menukarkan identitinya dengan anak pembantu rumah yang telah lama tinggal bersamanya iaitu Anisa. Bermula dari itu, Anisa menjadi Kirana Suraya dan Kirana menjadi Anisa. Kirana melakukan hal itu kerana ingin menguji ketulusan Iqbal. Anisa merupakan seorang yang lurus bendul dan berpenampilan agak kolot dan pelik.
Setelah bertemu dengan Kirana, Iqbal merasakan dia telah melakukan satu kesilapan kerana kirana yang ditemui itu langsung tidak seperti kriteria yang diceritakan di internet. Namun begitu, nenek Iqbal sangat menyukai Kirana kerana kekayaan kirana dan nekad untuk menjodohkan mereka berdua.
Iqbal membuat keputusan untuk tidak berkahwin dengan Kirana dan sanggup melepaskan segalanya. Dia merasakan Kirana tidak sesuai dengannya.
Adakah Iqbal akan menyukai kirana palsu? Atau berpaling kepada Kirana sebenar setelah mengetahui perkara sebenar?? Saksikanlah drama ini..


Nak dengar lagu tema drama ini?? Lagu tema Drama ini bertajuk Rasa Cinta nyanyian Faradhiya. Lagu ini direka khas untuk drama ini.. Sesuai betol... hahaha

Download here: